Tezos (XTZ) Terus Meroket, Papar ATH Terbaru Sebab Dua Faktor Ini!

488

Tezos (XTZ) terus memaparkan prestasi yang memberangsangkan walaupun pasaran berhadapan dengan kesukaran pembetulan harga.

Ketika penulisan, XTZ mencatatkan peningkatan 7% dalam 24 jam dengan nilai semasa $8.69.

Secara tidak langsung aset ini telah merekodkan peningkatan tahun ke tahun (YOY) sebanyak 1,002.95% dan sebanyak 75% dalam tempoh 30 hari sejak rekod $5.2 pada 4 September sebelum menyentuh paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $9.18 pada awal pagi tadi.

Faktor yang dapat dilihat kepada pergerakan positif ini dapat diperincikan kepada:

Penambahbaikan dan staking

  • Penambahbaikan terbaru berlaku pada Ogos 2021, melibatkan pengurangan tempoh blok dan penggunaan gas.
  • Rekod setakat pada 26 September 2021 menunjukkan sebanyak 76.16% jumlah bekalan XTZ telah di-stake di rangkaian Tezos.
  • Kedua-dua faktor ini telah mengundang minat pelabur baru ke rangkaian ini dan pada masa yang sama, staking mendorong kepada jumlah token yang semakin terhad dalam pasaran, sekaligus membawa kepada lonjakan harga XTZ.

Tezos masih ada ruang untuk berkembang. Memandangkan rangkaian ini merupakan blockchain lapisan-2 yang dibangunkan di Ethereum, tidak mustahil Tezos akan menggunakan kontrak pintrar dan membangunkan dApps.

Buat masa sekarang Tezos memiliki kod bahasa kontrak pintar, Michelson dan dilaporkan sebanyak 135 projek dan dApps sedang diusahakan di rangkaian ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat