Thai Airways Terdesak, Terpaksa Jual Pesawat!

695

Thai Airways International Pcl sedang mencari calon pembeli untuk 34 jet Airbus SE dan Boeing Co terpakai sebagai sebahagian daripada rancangan penstrukturannya. Berdasarkan pengumuman yang dikemukakan, pesawat yang dijual termasuk Airbus A340s, Airbus A300, Boeing 737s, Boeing 747s, Boeing 777s yang berumur antara 10 dan 28 tahun.

Dalam sebuah kenyataan hari ini, Thai Airways mengatakan pengumuman itu adalah sebahagian daripada tinjauan pasaran untuk mengenal pasti bakal pembeli yang mungkin berminat untuk membeli pesawat terpakai.

Selain itu, jualan pesawat akan memerlukan pihak berkepentingan yang relevan dan persetujuan Bankruptcy Court.

Menurut syarikat berkenaan, jualan tersebut juga akan selaras dengan rancangan penyusunan semula untuk menjayakan rancangan pengurusan kosnya.

Pada bulan September yang lalu, Bankruptcy Court di Thailand telah memberikan kelulusan kepada Thai Airways untuk meneruskan rancangan penstrukturan hutangnya yang mencecah sebanyak 245 bilion baht.

Untuk pengetahuan semua, syarikat penerbangan itu mencatatkan kerugian setiap tahun sejak 2012, kecuali pada 2016, dan mengalami kerugian bersih bernilai 12.04 bilion baht pada 2019.

Hal ini demikian kerana masalah kewangan yang dihadapinya, didorong oleh persaingan yang pesat dalam industri penerbangan, serta penularan wabak pandemik COVID-19 dan sekatan perjalanan yang menghentikan penerbangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat