The Fed Mula Mengintai Matawang Crypto! Harga Bitcoin Melonjak Naik!

0 527

Matawang crypto Bitcoin melonjak 5% kepada paras harga melebihi $ 10,300 iaitu paras tertinggi dalam tempoh lima bulan pada hari Rabu selepas Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell berkata bank pusat sedang meneroka matawang crypto kerajaan A.S.

Kata Powell dalam sidang Kongres, “setiap bank pusat utama kini sedang meneliti kebolehan dan pengaplikasi matawang Crypto. Tambah Powell, “teknologi kini telah membuatkan mungkinnya penerbitan matawang digital kerajaan maka saya fikir ia sangat penting kepada kita dan bank pusat lain untuk memahami kos dan faedah dan kos lepas yang dikaitkan dengan mata wang digital.”

Menurut penganalisis eToro crypto, Simon Peters, “sepertinya pihak berkuasa AS akhirnya mula menganggap bitcoin dan matawang cypto dengan serius sebagai alat transasksi alternatif. Walau bagaimanapun, Powell menegaskan bahawa dolar AS ibarat jantung dalam sistem kewangan dan ia telah membuktikannya dapat beroperasi dengan baik.

Permintaan meningkat dan harga Bitcoin melonjak kepada $ 10,400 pada hari Rabu iaitu kenaikan sebanyak 44% sejak tahun ini berikutan permintaan yang lebih tinggi dan pengurangan penawaran. Selain itu kebimbangan penularan wabak penyakit koronavirus yang telah menjangkiti lebih daripada 45,000 orang dan mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 1,100 orang di 20 negara termasuk AS, Britain, India, dan Australia menyebakan para pelabur beralih kepada pelaburan matawang crypto.

Anda mungkin juga berminat