The Fed Sudah Mulakan Langkah – Minggu Ini Jadi Fasa Awal Penting Untuk CBDC Dolar!

887

Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (A.S) mengumumkan pelan rancangan untuk melaksanakan tinjauan seawal minggu ini yang akan menumpukan pada penilaian kelebihan dan kekurangan semasa penerbitan CBDC dolar US.

Menurut laporan Wall Street Journal, tinjauan itu akan disiarkan menerusi makalah dan akhbar yang membenarkan analisis kajian lebih lanjut mengenai komen masyarakat terhadap topik tersebut. Walauabagaimanapun, makalah ini kemungkinan besar akan mengecualikan sebarang cadangan dasar.

Susulan itu akan diterbitkan beberapa jurnal yang akan merangkumi aspek teknikal dolar Digital, yang menyoroti struktur operasi. Perkara ini dijangka akan diterbitkan oleh Boston Fed bersama dengan para penyelidik di Massachusetts Institute of Technology.

CBDC atau dolar digital adalah aset kripto yang disokong oleh bank pusat A.S ini masih belum dapat dilihat hujung pangkalnya dengan the Fed masih berbeza pandangan mengenai perkara itu. Para pendukung CBDC dalam kalangan the Fed mendakwa bahawa CBDC dapat merevolusikan ekonomi, dengan mempermudah transaksi domestik dan antarabangsa yang lebih cepat dan lebih murah. Selain itu ia juga dapat menawarkan solusi kepada masalah kemiskinan.

Disisi yang berbeza, mereka yang tidak bersetuju berpendapat bahawa ia berpotensi merosakkan sistem kewangan. Menurut laporan Philadelphia Fed, CBDC bank pusat A.S. boleh menyebabkan ketidakstabilan sistem kewangan, terutamanya semasa krisis. Tambahan pula situasi akan bertambah lebih buruk apabila semua orang mula mengeluarkan wang mereka dari bank, bersama dengan dana bersama, saham, dan pelaburan lain, dengan menukarkan keseluruhannya ke CBDC.

Pengerusi the Fed, Jerome Powell juga menunjukkan sikap yang berhati-hati terhadap penerbitan CBDC. Powell, bersama dengan beberapa pegawai Fed lain mendakwa bahawa CBDC masih berada pada tahap awal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat