The Simpsons Dah Ramal Tentang Kripto XRP 24 Tahun Dulu?

3,853

Menuju ke penghujung kes di antara Ripple (XRP) dan SEC yang sekian lama berlarutan telah mengundang pelbagai spekulasi menarik berkaitan mata wang kripto tersebut.

Antara yang menghiburkan dalam kalangan komuniti kripto adalah rancangan The Simpsons yang terkenal dalam meramalkan kejadian yang mungkin akan berlaku pada masa akan datang yang dikatakan turut memberi petunjuk tentang XRP.

Sebelum ini, rancangan tersebut dikatakan meramal tentang Disney membeli Fox, jawatan presiden Donald Trump ketika peristiwa itu belum berlaku dan sekarang pula berkaitan peningkatan mata wang kripto.

Diperjelaskan, situasi dalam episod 17 pada musim ke-8 yang disiarkan buat kali pertama pada 2 Mac 1997 menampakkan tempat bernama Crypto Barn yang meliputi tanda ‘kod’ dan ‘kod rahsia’ termasuk mengunjurkan harga XRP berada di bawah $600.

Menariknya, episod itu telah disiarkan lebih daripada 10 tahun sebelum kebangkitan mata wang kripto tersebut dan terdapat episod lain juga yang berjaya menarik minat penggemar kripto XRP.

Dalam satu adegan, pengurus Homer diberikan kad yang kelihatan seperti kad kredit atau kad visa yang diletakkan dalam kotak mewah. Ini telah mencetuskan spekulasi oleh peminat XRP yang meramal bahawa aset digital tersebut akan mempunyai kad kreditnya tersendiri selepas ini.

Sementara itu di dalam rancangan Simpsons episod 13 musim-31, terdapat situasi di mana watak Lisa mendapat pengajaran daripada Profesor John I.Q Nerdebaum Frink Jr berkaitan kripto.

Rentetan itu, adakah komuniti XRP mempercayai ramalan XRP dari Simpsons ini? Wajarkah mereka membeli XRP? Ini semua merupakan persoalan penting kerana kes SEC menghampiri penghujungnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat