Tiada Kesalahan Untuk Senaraikan Semula XRP – Peguam SEC

2,709

Isu saman Securities and Exchange Commission (SEC) Amerika Syarikat (AS) terhadap firma kripto, Ripple Labs masih dibicarakan pihak mahkamah.

Menariknya, dalam pendengaran mahkamah baru-baru ini SEC yang diwakili oleh peguam Jeremy Hogan mendedahkan platform pertukaran kripto yang memperdagangkan XRP sebenarnya tidak melanggar mana-mana peraturan yang digariskan.

Hujah Hogan: “Di bawah seksyen 4, Ripple dan beberapa rakan kongsi telah didapati bersalah menjual XRP secara haram.

Pentingnya di sini adalah, pertukaran yang telah menyahsenaraikan XRP dua bulan lalu sama sekali tidak melanggar undang-undang sekuriti jika mereka senaraikan semula XRP bagi tujuan aktiviti jual beli.”

Seksyen 4 ada menekankan: 1) Penjualan sekuriti oleh pengeluar kepada pasaran awam memerlukan pendaftaran, dan 2) transaksi perdagangan biasa dalam pasaran oleh pelabur sebaik sahaja disahkan sekuriti, biasanya terkecuali daripada pendaftaran.

Pada masa yang sama, peguam belia SEC menyangkal kewujudan kegunaan XRP, menyifatkan matawang digital itu tidak sama seperti Bitcoin dan Ether kerana disokong oleh badan tunggal dan dikenali. Malah, usaha Ripple dan defendan membuktikan XRP sebagai sekuriti.

Namun, hujah itu disangkal peguam bela Ripple, Matthew Solomon:

“XRP sudah lama menyusun beberapa kes penggunaan sejak awal. Misalnya, XRP memiliki produk dikenali On-Demand Liquidity (ODL) yang digunakan untuk membantu institusi kewangan bagi kelancaran transaksi pada kos yang lebih murah.

“Sebagai aset digital, ia sangat membantu bank-bank yang tidak memiliki akaun fiat mereka sendiri dan dapat mengedarkan wang secara lebih efektif. XRP boleh digunakan sebagai penghubung matawang dan CEO Ripple, Brad Garlinghouse berusaha untuk mengembangkan lagi penggunaan kes ini.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat