Tiada Pembatalan Tarif Telah Diputuskan! – Donald Trump

435

Permulaan dagangan awal minggu di sesi Asia masih diselubungi dengan ketidakpastian dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, dengan beberapa data ekonomi di Eropah turut menjadi fokus pada hari ini.

Presiden AS Donald Trump akhirnya membuka mulut mengenai isu tarif yang dibangkitkan pada minggu lepas, bahawa tiada apa yang berkaitan dengan pembatalan tarif telah diputuskan dan turut memberitahu walaupun China mahu mereka membatalkan tarif, beliau tidak akan bersetuju untuk itu.

Bagaimanapun, beliau tetap mengatakan perbincangan perdagangan dengan China sedang berjalan dengan sangat baik, tetapi AS hanya akan membuat perjanjian dengan negara ekonomi kedua terbesar itu jika ia adalah yang betul untuk AS.

Terdahulu, pegawai dari kedua-dua buah negara telah mengeluarkan kenyataan pada Khamis bahawa China dan AS bersetuju untuk membatalkan tarif masing-masing dalam perjanjian perdagangan fasa pertama, yang kemudiannya ditentang oleh beberapa penasihat di White House.

Dolar didagangkan sedikit lemah berbanding yen yang menggambarkan terdapat beberapa pelabur yang berhati-hati terhadap ketidakpastian perjanjian tersebut, namun USD masih didagangkan di paras tertinggi yang dicapai pada minggu lalu. Indeks dolar berbanding enam matawang utama lain kukuh pada 98.36.

Sementara itu mengikuti perkembangan di Eropah, tinjauan terbaru pilihan raya UK yang diterbitkan pada hujung minggu masih menunjukkan Parti Konservatif terus mengatasi pesaingnya. Namun begitu, pound kekal berada di bawah tekanan susulan kenyataan dovish oleh Bank of England (BoE) pada minggu lalu.

Tumpuan pasaran kini beralih kepada data ekonomi Britain yang akan diterbitkan lewat petang ini dan juga kepada mesyuarat penetapan oleh bank pusat New Zealand (RBNZ) pada minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat