Tiada Perang Dingin! Ini Ungkapan Presiden Biden Selepas Jumpa Xi Jinping

261

Pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden China Xi Jinping pada sidang kemuncak G20 di Bali dilihat lebih ‘tenang’ daripada yang dijangkakan.

Malah, Biden juga mengejutkan ramai pihak susulan kenyataannya bahawa tidak akan ada ‘perang dingin’ baharu dengan Beijing selepas pertemuan yang telah mengambil masa selama tiga jam itu.

Bukan itu sahaja, pemimpin itu turut berkata bahawa beliau tidak fikir terdapat sebarang percubaan yang akan berlaku oleh China untuk menyerang Taiwan.

Dalam pertemuan tersebut, Biden dan Xi turut membincangkan mengenai isu Korea Utara dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Kedua-duanya menyatakan tentangan terhadap penggunaan senjata nuklear Ukraine dengan Xi Jinping mengulangi seruan China untuk perdamaian.

Tambahan daripada itu, Biden berkata mereka telah bersetuju untuk menubuhkan mekanisme di mana akan ada dialog di perngkat utama kerajaan bagi menyelesaikan isu berkaitan.

Setiausaha Negara Antony Blinken juga dikatakan akan melawat China tidak lama lagi susulan perbincangan tersebut.

Walaupun kedua-dua pemimpin itu telah bercakap lima kali melalui persidangan video, namun ini adalah pertemuan pertama yang diadakan oleh Biden dan Xi secara bersemuka sejak presiden AS dilantik pada 2020.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat