Tiada Perubahan Dasar ECB Dijangkakan, Sebaliknya Tumpuan Terarah Pada Kajian Strategik

243

Mesyuarat pertama Bank Pusat Eropah (ECB) pada tahun ini dijangka akan menyaksikan pelancaran rasmi kajian strategik mengenai dasar bank pusat, termasuk semakan semula matlamat inflasi yang gagal dicapai.

Skop dan skala mengenai kajian itu akan dibincangkan dan bakal menjadi tumpuan utama kepada pasaran disebabkan implikasinya terhadap dasar monetari.

Kajian pertama dasar ECB sejak 2003 dijangka bakal dilancarkan secara rasmi pada Khamis, disertai dengan struktur, garis masa dan agenda serta proses yang akan berlangsung sepanjang tahun.

Presiden ECB, Christine Lagarde memberitahu fokus utama setakat ini adalah untuk menentukan sama ada sasaran inflasi yang ditetapkan di bawah, tetapi hampir kepada 2% masih relevan, memandangkan berlakunya beberapa perubahan dalam ekonomi global sejak 2003.

Hal ini dilihat mungkin bakal menimbulkan perdebatan di kalangan penggubal dasar, lebih-lebih lagi pada minggu lepas Isabel Schnabel yang juga merupakan ahli baru ECB menyatakan bank pusat perlu mempertimbangkan sasaran inflasi yang lebih jelas.

Pada Khamis, Presiden Lagarde akan meminta ahli ECB yang lain untuk menandatangani semakan semula sasaran inflasi dan turut membincangkan beberapa isu utama termasuk ketidaksamaan, teknologi dan perubahan iklim.

Pada Disember lalu, kadar inflasi di zon Eropah telah mempamerkan peningkatan, memberikan tanda-tanda bahawa prospek itu semakin baik.

Namun begitu, unjuran ECB pada bulan lalu menunjukkan inflasi kekal di bawah sasaran dalam tempoh tiga tahun dan penganalisis juga memberitahu masih terlalu awal untuk menyatakan peningkatan yang dilihat pada Disember sebagai pemulihan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat