Tiada Platform Yang Dapat ‘Bunuh’ Ethereum Walaupun Polkadot, Binance Smart Chain

3,050

Ledakan ETH dan populariti projek DeFi telah mendorong kepada peningkatan harga gas di rangkaian Ethereum dan menyebabkan penggunanya beralih kepada alternatif lain.

Ketika sektor kripto mengandaikan rangkaian itu bakal dicantas Binance Smart Chain (BSC) atau Polkadot, firma analisis pasaran Weiss Crypto Ratings yakin tiada platform mampu ‘membunuh’ Ethereum.

Dalam tweet yang dimuatnaik pada malam tadi, Weiss Crypto mendedahkan mereka lebih yakin dengan keunggulan Ethereum walaupun semakin banyak platform desentralisasi tumbuh sejak kebelakangan ini.

“Ada yang mendakwa banyak rangkaian L1 sedang mengejar ETH tapi kami sangat skeptikal. Ia cuma cerita yang sama seperti tahun 2017 di mana banyak pesaing cuba untuk tampil berbeza dengan ciri yang lebih murah dan cepat.” @WeissCrypto.

L1 atau Layer-1 merujuk kepada asas blockchain dan L2 pula adalah rangkaian yang dibangunkan di atas dasar blockchain seperti contohnya: Bitcoin Lightning Network dan Ethereum Plasma.

Malah, tidak keterlaluan juga firma itu berpendapat pesaing-pesaing Ethereum yang kononnya akan ‘menang’ berakhir dengan dukacita kerana kemunculan Ethereum 2.0 bakal melenyapkan pesaingnya.

Seperti yang dipetik Weiss Crypto, pada 2017 menyaksikan banyak projek merundum. Antaranya, EOS dan NEO yang gagal mencapai sasaran mereka walaupun pasaran kripto menghijau pada 2020 dan 2021.

Firma itu pada masa yang sama menggredkan beberapa projek kripto berdasarkan teknologi, prestasi pasaran, kadar pengaplikasian dan lain-lain. Keseluruhannya:

  • Bitcoin, Ethereum: A-
  • Cardano: B
  • EOS, NEO, Polkadot, Binance Smart Chain, Tron: C+

Manakala dari aspek perkembangan teknologi pula tidak disangkal lagi Cardano dan Polkadot diiktiraf yang ‘Terbaik’, Ethereum menerima ‘Baik’ dan Bitcoin mendapat ‘Sederhana’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat