Tiada Ruang “Bernafas’ Untuk Rusia, EU Mula Sekat ‘Wallet’ Kripto!

2,117

Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini telah mengumumkan sekatan yang lebih besar ke atas Rusia, mengikuti tindakan yang diambil oleh Amerika Syarikat (A.S). Dalam peringkat baru sekatan, EU telah menyatakan bahawa mereka akan menyasarkan deposit yang dibuat kepada dompet kripto individu.

Reuters melaporkan bahawa peraturan terbaharu itu bertujuan untuk menambahkan lagi tekanan terhadap Rusia. Difahamkan bahawa sekatan ke atas kripto adalah menutup lompang-lompang yang boleh dimanfaatkan oleh Rusia.

Dalam peraturan yang sama, EU telah mengharamkan penjualan nota bank dan sekuriti yang boleh pindah milik ke Rusia dan Belarus. EU juga mengeluarkan larangan transaksi penuh ke atas empat bank Rusia, serta larangan import arang batu, kayu, bahan kimia dan produk lain dari Rusia.

Larangan dompet kripto EU ke atas Rusia dikeluarkan susulan tindakan sebelum ini yang mengharamkan dompet mata wang kripto yang tidak dihoskan dan dihoskan sendiri dalam Peraturan Pemindahan Dana (TFR).

EU menyatakan bahawa undang-undang itu adalah sebahagian daripada langkah pencegahan pengubahan wang haram baharu yang diambilnya untuk melindungi negara anggota. Dalam masa yang sama, bursa pertukaran kripto perlu mengumpul dan melaporkan maklumat kedua-dua penghantar dan penerima sebarang transaksi kripto yang melebihi 1000 euro.

Waima begitu, Ketua Pegawai Eksekutif Coinbase, Brian Armstrong telah menyatakan ketidaksetujuan peraturan yang dicadangkan EU. Beliau melihat ini sebagai satu anti inovasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat