Tiada Tanda-Tanda Untuk Mundur, MicroStrategy Borong Lebih Banyak Bitcoin!

1,897

Microstrategy yang merupakan syarikat teknologi yang diterajui oleh Michael Saylor dilaporkan tidak berundur sedikitpun dalam membuat pelaburan dalam pasaran kripto.

Syarikat tersebut dilaporkan telah membeli 9,000 bitcoin pada suku ketiga yang berakhir pada 30 September. Dengan, jumlah pemilikan bitcoin Microstrategy telah melonjak kepada 114,042. Jika dihitung, stok simpanan itu kini bernilai kira-kira $7 bilion, dan Microstrategy sedang merancang untuk menambah lebih banyak pegangan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Michael Saylor dalam satu kenyataan terbaru, “pihak kami akan terus mengambil peluang untuk meningkatkan modal tambahan dalam melaksanakan strategi bitcoin yang telah disusun”.

Saylor, yang terkenal kehilangan $6 bilion dalam satu hari semasa kemuncak gelembung dot-com berazam tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama. Pelaburan kripto yang menjadi salah satu faktor telah mendorong saham syarikat Microstrategy meningkat hampir 70% setakat tahun ini.

Dalam laporan terkini, syarikat itu menyatakan bahawa mereka telah mengalami kerugian $754.7 juta dalam pelaburan Bitcoin. Walaubagaimanapun ini adalah sebelum berlaku lonjakan ketara dalam harga Bitcoin yang dikecapi pada bulan Oktober.

Kelulusan ETF Bitcoin oleh uruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS telah menjadi ‘catalyst’ yang mendorong orang ramai untuk turut melabur dalam BTC. Semasa penulisan, harga BTC didagangkan pada paras dagangan $62,292.45.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat