Tiada Yang Selamatkan, USD Terus Terkapai-kapai

647

US dolar kekal didagangkan lebih lemah pada sesi Eropah, masih ditekan oleh data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang mengecewakan pada Jumaat lalu.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diperdagangkan pada sekitar harga 102.32 berbanding enam mata wang utama lain.

Ekonomi AS membuat penambahan paling kecil dalam dua setengah tahun pada bulan Jun, menunjukkan bahawa kadar faedah yang lebih tinggi mula melemahkan kemampuan perniagaan untuk meningkatkan jumlah pekerja.

Tumpuan pelabur seterusnya disasarkan kepada penerbitan data inflasi pengguna dan pengeluar AS pada minggu ini yang dijangka akan terus mereda pada bulan lalu.

Sementara itu, data inflasi China yang dikeluarkan suram pada sesi Asia tadi, kembali melemahkan dagangan dolar Aussie dan New Zealand.

Mengecewakan, indeks harga pengguna (CPI) China mencatatkan bacaan sifar atau tidak berubah pada bulan Jun, meletakkan ekonomi gergasi kedua dunia itu selangkah hampir ke deflasi.

Dalam pada itu, mata wang euro dan pound masing-masing masih mempertahankan sebahagian besar keuntungan yang diraih Jumaat lalu untuk kekal didagangkan lebih tinggi pada sesi Eropah.

Pelabur kini menantikan terbitan data pekerjaan UK pada hari esok (Selasa) dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada hari Khamis.

Di sisi lain, dolar loonie didagangkan mendatar berbanding greenback, terus mengekalkan keuntungan yang diraih selepas data pekerjaan Kanada yang lebih kukuh dan US dolar yang lemah.

Yen pula kekal didagangkan lebih tinggi berbanding US dolar, susulan laporan suku tahunan yang mengatakan Bank of Japan (BOJ) menaikkan penilaiannya untuk tiga daripada sembilan wilayah ekonomi negara itu.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat