Tiba-tiba EUR/USD Melonjak Selepas Mendatar Sejak Awal Minggu

321

Seperti yang sudah dijangkakan, pergerakan harga yang tidak menentu akan terus menambahkan risiko dagangan pada penghujung tahun.

Pada sesi New York semalam, US dolar kembali paparkan prestasi suram apabila mengalami penyusutan lebih ketara berbanding pergerakan yang mendatar sejak awal minggu.

Berkemungkinan situasi pengambilan untung (profit-taking) untuk posisi dagangan terdahulu telah mendorong penyusutan US dolar dengan jangkaan raja mata wang itu bakal kembali bersinar pada tahun hadapan.

Ini disebabkan isyarat hawkish oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat FOMC terbaru yang mengesahkan langkah untuk mempercepatkan tapering dan jangkaan kenaikan kadar faedah lebih cepat tahun hadapan.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam telah menyaksikan lonjakan semula harga hampir 100 pips setelah mencatatkan paras terendah mingguan sekitar 1.12750 dan mencapai paras ketinggian terbaru 4 minggu sekitar 1.13680.

Ini mungkin menjadi kejutan buat para pelabur apabila melihat pergerakan harga yang lebih agresif selepas pamer pergerakan mendatar sejak awal minggu.

Dan tidak mustahil untuk harga kembali menjunam semula pada dagangan penghujung minggu.

Dengan lonjakan harga semalam, corak kenaikan harga boleh dijangkakan untuk harga meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi jika US dolar terus melemah.

Zon resistance pada 1.14000 akan menjadi tumpuan sekiranya kenaikan diteruskan untuk harga menguji halangan penting tersebut selepas harga susut di bawahnya sejak 6 minggu lalu.

Untuk situasi harga yang menjunam pula, jika berlaku, harga bakal menguji kembali paras yang dicecah semalam sekitar 1.12750 tersebut.

Seterusnya zon support tumpuan sebelum ini pada 1.12500 akan kembali memberi isyarat untuk pergerakan harga selanjutnya.

Lihat gambar carta harga EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat