Tiba-Tiba Je Filipina Umum Pelancaran ‘Wholesale CBDC’ Dalam Masa Terdekat!

273

Bank pusat Filipina, Bangko Sentral ng Pilipinas (BSP) akan melancarkan pengujian mata wang digital bank pusat (CBDC) pemborongan (wholesale CBDC) bagi menggalakkan kestabilan sistem pembayaran negara.

CBDC pemborongan merujuk kepada penyelesaian pemindahan antara bank dan transaksi borong yang berkaitan.

Contoh: pembayaran antara institusi kewangan.

Ia boleh merangkumi pembayaran aset digital atau rentas sempadan.

CBDC pemborongan dan perbendaharaan bank pusat beroperasi dengan cara yang sama.

Projek yang dikenali sebagai ‘CBDCPh’ ini melibatkan beberapa institusi kewangan tertentu sahaja dengan tujuan untuk menguji kebolehannya dalam transaksi kewangan berskala besar setiap masa.

Menurut gabenor BSP, Benjamin Dionko, hanya melalui pengujian pemborongan sahaja mereka dapat menilai sejauh mana hala tuju projek ini – sama ada untuk jangka masa sederhana atau panjang.

Untuk pengetahuan, rekod pembayaran digital dalam transaksi peruncitan bulanan telah meningkat 20.1% menjelang akhir 2020.

Pemerhatian tersebut sebenarnya telah berubah, meningkat daripada 10% rekod 2018.

Bagaimanapun bank pusat Filipina telah memberi amaran berkaitan penambahan nilai disedari minimum bagi CBDC peruncitan di negara itu kerana kemajuan dan penggunaan pembayaran digital sedia ada.

Ramai yang tidak tahu, CBDC peruncitan berbeza dengan CBDC pemborongan.

Sebagai rekod, pengaksesan CBDC pemborongan terhadap bank dan institusi kewangan lain sangat terhad.

Tetapi CBDC pemborongan boleh mengurangkan tekanan yang berlaku dalam – 1/ pemindahan kewangan rentas sempadan, 2/ pembayaran sekuriti ekuiti, dan 3/ kemudahan kecairan intraday.

Rupa-rupanya, negara ini telah pun menfokuskan projek penerapan CBDC sejak awal Mac.

Senyap-senyap je Filipina dah nak lancarkan pengujian CBDC. Maju ke depan, sama seperti China dan Bahamas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat