Tidak akan Wujud “London Baru” Selepas Britain Meninggalkan Kesatuan Eropah! : Philip R. Lane

52

Ketua Bank Pusat Ireland berkata bahawa tidak akan wujud “London baru” di dalam Kesatuan Eropah selepas Britain mengundi untuk meninggalkan blok.

Philip R. Lane yang juga ahli majlis Bank Pusat Eropah berkata bahawa pusat kewangan di Eropah akan berpecah pada masa akan datang dari segi geografi walaupun mereka telah disatukan dan menjadi sebahagian dari Kesatuan Eropah.

Bandaraya di seluruh Eropah dilihat bersaing bagi menyediakan pasaran kewangan baru. Bandaraya yang dilihat berpotensi untuk berkembang termasuklah pusat kewangan di Jerman, Perancis, Belanda, Luxemborg dan Ireland.

Kata Lane dalam satu majlis yang dianjurkan di London, sejerah akan terbentuk dengan cara yang tersendiri. Sesebuah institusi tidak boleh ditamatkan dan kemudiannya di bentuk di tempat lain. Justeru, “London baru” tidak akan wujud bagi menggantikan institusi sedia ada.

Menurut beliau lagi, kita mungkin akan menganggap pasaran kewangan telah berpecah namun, mereka masih kekal dalam sistem kewangan yang sama dengan kelompok perdagangan yang derivatif.

Inventori Minyak Mentah Amerika Syarikat Kekal Meningkat!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat