Tidak! Bukan Ini Yang Diharapkan Pelabur Dari BOJ

74

Rentetan daripada mesyuarat polisi minggu lalu, laporan Ringkasan Pendapat menunjukkan Bank of Japan (BOJ) mahu mengekalkan dasar monetari semasanya.

Ini termasuk membiarkan kawalan keluk hasilnya (YCC) tidak berubah, di mana sasaran hasil 10 tahun bon kerajaan Jepun kekal pada sekitar 0.5%.

Menurut laporan yang diterbitkan pada Khamis itu, BOJ mengatakan ia perlu meneruskan kawalan keluk hasil semasa berikutan prospek menunjukkan bahawa ia akan mengambil masa untuk mencapai kestabilan harga 2% bank pusat.

Bank pusat meneruskan operasinya untuk membeli bon kerajaan Jepun sebagai tindak balas kepada tekanan ke atas hasil.

Hasil bon 10 tahun Jepun kini didagangkan sedikit lebih tinggi pada 0.457%, namun masih di bawah siling yang ditetapkan BOJ.

Ekoran daripada laporan ini, penganalisis menjangkakan bank pusat akan kekal dengan dasar yang longgar sehingga April, apabila ia melantik gabenor baru menggantikan Haruhiko Kuroda.

Bank pusat itu telah mengecewakan pelabur pada minggu lalu dengan mengekalkan pendirian dasarnya tidak berubah, meleset daripada jangkaan pasaran untuk perubahan selanjutnya dalam kawalan hasil.

Dalam pada itu, inflasi teras Jepun dilaporkan mencapai 4% pada bulan Disember, menjadikannya catatan tahunan tertinggi sejak 1981.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat