Tidak Terkejut Dengan Keputusan Fed, Pasaran Kripto Pamer Reaksi Positif!

645

Pasaran kripto telah memberi reaksi positif selepas kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas diumumkan, menunjukkan ia tidak terkesan dengan keputusan terbaru Federal Reserve (Fed).

Bagaimanapun, penganalisis melihat reaksi yang dipamerkan oleh pasaran kripto adalah disebabkan pelabur telah bersiap sedia lebih awal untuk berdepan sebarang kemungkinan yang buruk.

Sebaik sahaja keputusan mesyuarat polisi FOMC diumumkan, harga Bitcoin (BTC) telah melonjak 8% dan kini didagangkan pada sekitar harga $23,000.

Lonjakan yang lebih tinggi juga dapat dilihat pada dagangan Ethereum (ETH), Polkadot (DOT) dan Polygon (MATIC) yang mencatat keuntungan dua angka.

Pengasas Quantum Economics, Mati Greenspan memberitahu bahawa pelabur jelas telah menjangkakan perkara lebih buruk dan kenaikan terbaru ini bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Penganalisis bursa kripto Australia, Pav Hundal mengatakan beliau terkejut dengan reaksi yang dipamerkan pasaran kripto susulan keputusan Fed.

Walaupun begitu, beliau memberi amaran bahawa bacaan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat pada hari ini boleh menghapuskan keuntungan terbaru dalam pasaran.

Namun, jika data mula menunjukkan tanda-tanda ekonomi lebih berdaya, pasaran kripto mungkin akan terus stabil pada nilai pasaran $1 trilion dan membuat kenaikan selanjutnya.

Usaha Fed untuk memerangi inflasi dengan meningkatkan kadar faedah telah memberi impak besar kepada pasaran kripto.

Namun, sejak pasaran mula menyesuaikan diri dengan pengetatan dasar semasa, kripto telah mula menunjukkan kestabilan.

Ini ditambah pula dengan kenyataan terbaharu Pengerusi Jerome Powell mengenai kemungkinan kenaikan kadar diperlahankan dan ekonomi Amerika Syarikat tidak berada dalam kemelesetan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat