Tiga Laporan Ekonomi Berimpak Besar Sepanjang Pasaran Hari Ini

56

Data-data Makro Amerika Syarikat (8.30 pm)

Peserta pasaran akan memberi tumpuan pada dua ekonomi penting US pada hari ini, yang akan membantu untuk mendapat lebih banyak maklumat lanjut tentang kekuatan ekonomi Amerika.

Jabatan Perdagangan Amerika dijangka akan melaporkan kenaikan pada bacaan pesanan teras barangan tahan lama sebanyak 0.2%. Bacaan bulan sebelumnya telah dikaji semula dengan penambahan 0.1% kepada 0.6%.

Pasaran turut menjangkakan penurunan bilangan mereka yang menandatangani pembelian perumahan sedia berlarutan sehingga bulan Ogos. Ahli ekonomi meramalkan penurunan sebanyak 0.5% pada bacaan Pesanan Perumahan (Pending Home Sales) yang dikeluarkan hari ini.

Dolar sedikit melemah selepas Janet Yellen mengakui bank pusat dalam keadaan sukar untuk meramalkan objektif utama polisi mereka. Namun beliau tetap melihat kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur ini masih masih sesuai di tengah-tengah ketidaktentuan inflasi.

Adakah bekalan minyak mentah US akan menunjukkan peningkatan empat minggu berturut-turut? (10.30 pm)

Energy Information Administration (EIA) akan melaporkan bacaan baru bekalan minyak dan pasaran menjangkakan kenaikan pada bacaan dengan rekod peningkatan empat minggu berturut-turut

Penganalisis meramalkan kenaikan sebanyak 3.4 juta tong bagi minggu yang berakhir pada 22 September.

Harga minyak bergerak volatile (naik turun) berikutan para pelabur masih optimis dengan permintaan minyak global walaupun pengeluaran minyak US dijangka meningkat.

Semalam, harga minyak WTI tutup pada harga $52.08, susut 4 sen selepas berjaya mencecah paras $52 buat pertama kalinya sejak April yang lalu pada hari Isnin. EIA mengatakan paras harga minyak di atas $50 akan mendorong peningkatan pengeluaran minyak di US.

Awal Pagi Esok Adalah Hari Penting Buat New Zealand. (4.00 am, Khamis)

Bank pusat New Zealand (RBNZ) akan mengeluarkan penetapan kadar faedah pada jam 4 pagi esok, dan dijangka akan mengekalkan kadar pada paras 1.75%

Walau bagaimanapun, para pelabur akan meneliti ulasan dasar bagi melihat adakah bank pusat masih tetap dengan pendirian mereka untuk membiarkan kadar faedah kekal rendah dalam tempoh yang lebih lama selepas keputusan pilihan raya umum berakhir dengan ketidaktentuan terhadap arah polisi di masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat