Tiga Negara Di UK Perketat Sekatan Covid-19, England Masih ‘Bebas’

200

Ketika wabak coronavirus terus ‘menggila’ di Eropah, sekatan baharu mula diperkenalkan di Scotland, Wales dan Ireland Utara bagi mengekang penularan yang lebih luas.

Data terbaharu pada hari Jumaat melaporkan kes jangkitan Covid-19 di UK telah melonjak sebanyak 122,186 kes. Walau bagaimanapun, tiada data dikeluarkan pada hari Sabtu dan Ahad berikutan perayaan hari Krismas dan Boxing Day.

Susulan daripada itu, ketiga-tiga negara mengumumkan sekatan terhadap industri hospitaliti dan riadah, meneruskan peraturan penjarakan sosial dan meletakkan had untuk perhimpunan.

Sementara itu di England, Perdana Menteri Boris Johnson masih belum mengumumkan sekatan selanjutnya tetapi tidak teragak-agak untuk bertindak sekiranya perlu.

Walaupun England adalah satu-satunya daripada empat negara di UK tidak mengetatkan sekatan selepas Hari Krismas, tetapi ia mempunyai kadar jangkitan paling tinggi.

Menurut tinjauan dari Pejabat Statistik Negara (ONS) yang menggunakan program ujian rawak mingguannya, sekitar 1.74 juta orang atau satu daripada 35, telah dijangkiti coronavirus dalam tempoh tujuh hari yang lalu di UK.

Peningkatan ini sebahagian besarnya dipercayai dipengaruhi oleh varian Omicron yang cepat merebak, meskipun menurut kajian awal Agensi Keselamatan Kesihatan UK mendapati ia kurang menyebabkan menyebabkan penyakit serius berbanding Delta.

Dalam pada itu, kerajaan UK meneruskan strateginya bagi menggalakkan pengambilan vaksin penggalak untuk melindungi daripada varian Omicron, menghantar berjuta-juta mesej pada Boxing Day yang menggesa orang ramai untuk mendapat suntikan penggalak secepatnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat