Tiga Sebab Harga Minyak Mentah WTI Naik Setiap Hari Minggu Ini

133

Laporan kenaikan bekalan minyak US oleh EIA semalam adalah seperti yang dijangkakan, namun pasaran masih bimbang dengan permintaan yang rendah di Amerika, memperlahankan kenaikkan harga minyak.

Berdasarkan laporan data bekalan oleh Energy Information Administration (EIA) semalam, bacaan bekalan minggu lepas meningkat kepada 4.6 juta tong sehari, sedikit tinggi berbanding jangkaan sebanyak 4.0 juta tong.

Kenaikan ini merupakan yang pertama sejak 10 minggu yang lalu walaupun pasaran telah menjangkakan kenaikan ini disebabkan oleh ribut harvey yang menimpa kawasan nadi penapisan minyak di Texas dan Louisiana, mengurangkan pengeluaran sekaligus mengurangkan bekalan.

Impak pasaran secara keseluruhannya terhalang dengan ketidaktentuan terhadap pemulihan dalam jangka masa sederhana.

# Dolar jatuh & Permintaan Meningkat

Dolar yang ditekan sepanjang hari yang lalu menjadi penyokong kepada harga minyak. Sentimen komiditi hitam masih positif dengan jangkaan pemulihan kilang penapisan secara beransur dapat meningkatkan semula permintaan terhadap minyak mentah.

# Pengeluran Minyak OPEC Jatuh Pertama Kali

Pengeluaran minyak OPEC bagi bulan Ogos pula menurun pertama kalinya sejak lima bulan yang lalu. Eksport juga susut di bawah 25.2 juta tong sehari untuk bulan yang lalu, angka terendah sejak April, turut menjadi penyokong kepada harga minyak ketika ini.

Walau bagaimanapun, ribut Irma yang baru melanda Florida ketika ini membimbangkan para pelabur dengan jangkaan permintaan minyak US akan berkurangan disebabkan oleh kerosakan infrastruktuk kesan daripada ribut, sekaligus menyekat harga minyak untuk naik lebih tinggi.

Secara keseluruhan, harga minyak West Texas Intermediate (WTI) naik pada setiap hari pada minggu ini dan di sesi Asia, harga berlegar sekitar $49.0 selepas mendapat sokongan (support) di paras $48.60. Minyak brent yang menjadi ukuran harga minyak dunia pula didagangkan sekitar $54.50 selepas meningkat tiga hari berturut-turut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat