TIMEX Lancarkan Jam Tangan Bored Ape Bernilai $2,500!

218

Jenama jam tangan popular, TIMEX berjaya memeterai perjanjian bersama non-fungible token (NFT) Bored Ape Yacht Club (BAYC) dalam melancarkan jam tangan yang mempamerkan PFP BAYC pada muka jam tangan tersebut.

Dimaklumkan bahawa sebanyak 500 jam tangan yang digelar Timepiece Forge Pass NFT akan dikeluarkan dengan membenarkan para pembeli memilih rekaan case atau tali sendiri.

Rentetan itu, pemilik Forge Pass perlu ke tapak web TIMEX jika berhasrat mereka bentuk jam tangan sendiri selepas selesaikan mint NFT tersebut dengan harga 2 Ethereum (ETH) atau $2,500.

Secara konteks, setiap jam tangan fizikal akan mempunyai versi digital seperti NFT, namun tarikh penghantaran kepada pembeli berkemungkinan pada suku kedua 2023.

Menurut Shari Fabiani, Naib Presiden Kanan Pemasaran Global dan Perkhidmatan Kreatif Timex Group menyatakan bahawa syarikatnya telah mendalami dunia Web3 dengan mengekalkan prestasinya secara global.

Sementara ahli komuniti BAYC seperti Josh Ong dan CryptoVonDoom merupakan antara individu yang menyumbang idea untuk rekaan jam tangan tersebut.

Difahamkan bahawa sebelum ini mereka berhasrat bekerjasama dengan jenama jam tangan OG, tetapi rancangan tersebut gagal apabila kedua-dua individu itu merasai kesukaran yang akan dihadapi bagi melaksanakan jam tangan NFT BAYC.

Dalam pada itu, penjualan jam tangan BAYC dengan hasil kolaborasi bersama TIMEX akan berlangsung di Miami dengan dihadiri oleh komuniti BAYC sahaja.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat