Tindakan Agresif Korea Utara Lancarkan Tembakan Peluru Berpandu Undang Kebimbangan Pasaran

801

Pergerakan matawang safe-haven Yen dalam pasaran terus disokong oleh isu-isu geopolitik global yang berpotensi untuk mempengaruhi pasaran kewangan.

Perkembangan terbaru di Asia, terdapat laporan bahawa dua objek yang tidak dapat dikenalpasti telah dilancarkan dipercayai milik senjata Korea Utara berikutan kekecewaan negara tersebut terhadap perkembangan rundingan yang perlahan bersama Amerika Syarikat.

Pada perbincangan sebelum ini, Menteri Luar Korea Utara dilaporkan tidak mahu tunduk terhadap sekatan oleh Amerika Syarikat dengan menuduh Washington cuba untuk menjatuhkan mereka. Beliau menambah, Korea Utara tidak akan teragak-agak untuk tindak mempertahankan negaranya itu.

Tembakan yang dilancarkan itu menyerupai temabakan dua peluru berpandu pada Mei 2019 yang bergerak anggaran 260 batu yang dilepaskan dari arah kawasan daerah Wonsan.

Laporan disahkan oleh Ketua Staf Bersama Korea Selatan bahawa kedua-dua objek tembakan yang dilancarkan itu jatuh di perairan laut timur juga dikenali sebagai Laut Jepun.

Berhubung laporan tersebut, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe turut tampil memberi ulasan beliau. Beliau mengatakan tembakan yang dilancarkan oleh Korea Utara itu tidak memberi ancaman terhadap keselamatan Jepun.

Menteri Pertahanan Jepun Takeshi Iwaya juga turut memberi komen terhadap insiden tersebut. Menurut kenyataannya, tindakan Korea Utara itu adalah satu perkara yang sangat disesalkan.

Insiden tembakan peluru berpandu yang dilancarkan oleh Korea Utara ini membuatkan pelabur lebih berhati-hati dan dalam masa yang sama turut menyumbang ke arah permintaan terhadap matawang safe-haven Yen.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat