Tindakan Amerika Syarikat Luluskan Rang Undang-Undang Bangkitkan Kemarahan China

416

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat telah meluluskan empat rang undang-undang iaitu tiga daripadanya mengenai penunjuk perasaan pro-demokrasi di Hong Kong yang bertujuan untuk mempertahankan hak-hak sivil sekali gus telah membangkitkan kemarahan China.

Ia telah diluluskan sebulat suara dengan ahli-ahli Kongres mengatakan mereka mahu mengambil tindakan yang agresif terhadap China dan menunjukkan sokongan kepada Hong Kong yang telah mengalami pergolakan selama empat bulan.

Akta Hak Asasi Manusia dan Demokrasi Hong Kong adalah satu daripada empat tindakan yang diluluskan oleh ahli dewan pada hari Selasa dengan sebulat suara. Rang undang-undang ini menyediakan sekatan ke atas pegawai yang bertanggungjawab dalam melemahkan kebebasan dan autonomi di Hong Kong.

Seterusnya, Akta Perlindungan Hong Kong, akan menghentikan eksport ke atas barangan ketenteraan dan alat kawalan yang membolehkan polis Hong Kong untuk menggunakannya kepada penunjuk perasaan misalnya gas pemedih mata.

Selain itu, antara yang diluluskan oleh Dewan juga termasuk resolusi yang mengesahkan hubungan antara Hong Kong dan AS dengan mengutuk campurtangan China di rantau ini serta menyokong hak penduduk untuk menjalankan protes.

Kementerian Luar China menyelar tindakan itu dengan memberi amaran bahawa hubungan dua hala antara AS dan China akan rosak sekiranya ia dijadikan sebagai undang-undang.

Kerajaan Hong Kong juga turut meluahkan rasa kesalnya atas kelulusan rang undang-undang ini dan berkata bahawa badan perundangan asing tidak seharusnya campurtangan dalam hal ehwal dalaman negara itu.

Bagaimanapun, undang-undang tersebut masih belum mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada Senat yang membolehkannya diserahkan kepada Presiden AS Donal Trump untuk ditandatangani.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat