Tindakan Susulan Fed Jadi Tanda Tanya, Fed Barkin Tampil Beri Penjelasan!

662

Thomas Barkin yang merupakan pengerusi the Fed Richmond memberikan pandangan mengenai keberangkalian  tindakan lanjutan the Fed mengenai polisi yang diterapkan. Beliau berpandangan bahawa berkemungkinan sektor pekerjaan Amerika Syarikat (A.S) akan mengambil masa beberapa bulan lagi untuk pulih. Jika hal ini berlaku, the Fed berkemungkinan akan mengurangkan rangsangan ekonomi mereka.

Beberapa pegawai the Fed termasuk Barkin berpendapat bahawa pembelian bon harus dihentikan secepat mungkin bagi meletakkan dasar monetari pada tahap yang lebih normal, menaikkan kadar faedah dan kenaikan harga aset.

Dalam mesyuarat polisi, the Fed berpandangan bahawa ekonomi A.S sedang membuat kemajuan dan berada di atas landasan untuk capai tenaga kerja penuh seperti yang diinginkan sebelum pengurangan pembelian bon.

Justeru, Barkin lebih cenderung the Fed memberi komitmen terhadap apa yang dijanjikan iaitu mengurangkan pembelian bon sehinggalah pasaran buruh pulih sepenuhnya.

Mengenai kadar inflasi, Barkin secara peribadi berpandangan bahawa inflasi telah capai pada paras  kemuncak namun ia dijangka akan mula kembali stabil dalam beberapa bulan akan datang. Dalam masa yang sama masih belum ada kepastian kerana ia bergantung kepada solusi terhadap gangguan rantaian bekalan dengan hubungan AS-China yang semakin tegang.

Tamsilnya, beliau selesa dengan pendekatan Fed ketika ini iaitu dengan merendahkan ramalan dan meninjau data lanjutan untuk mendapatkan gambaran sebenar impak pandemik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat