Matawang Euro pada dagangan sesi Eropah hari ini diberi tekanan oleh data indeks iklim perniagaan tinjaun Ifo di Jerman yang jatuh 0.5 mata berbanding bulan lepas kepada 99.2 untuk bacaan bulan April meleset daripada jangkaan 99.9 mata oleh pasaran.
Jangkaan dagangan Euro akan terus berisiko sementara faktor fundamental yang masih dovish oleh bank pusat Eropah akan terus meletakkan Euro sebagai matawang dalam kelompok yang berisiko.
Sementara itu, matawang Yen turut didagangkan lemah menjelang keputusan penetapan kadar faedah dalam mesyuarat dasar monetari oleh bank pusat pada Khamis.
Data-data ekonomi semasa di Jepun secara keseluruhannya masih berada di tahap yang lemah. Bank pusat juga masih lagi ingin mengekalkan dasar monetari yang longgar dan kadar faedah dijangka akan terus kekal rendah di paras -0.10%.
Secara teknikal, jika dilihat pada pasangan matawang EUR/JPY, pergerakan harga menunjukkan penurunan semalam dengan dagangan Euro yang lebih lemah gagal mengatasi Yen dalam pasaran semasa.
Harga telah membuat penurunan dari paras Magic Pivot semalam sehingga berjaya melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line semalam.
Untuk pergerakan harga pada hari ini pula, harga yang memulakan dagangan sesi Asia lebih rendah dari paras Magic Pivot 125.640 kemudiannya meneruskan momentum penurunan harga sehingga mencecah ke paras support 125.220 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini bersambung pada sesi pasaran Eropah.
Jika harga berjaya turun lebih rendah, paras 125.00 yang berada pad zon RBS (resistance become support) sebelum ini akan kembali diuji untuk harga cuba meneruskan lagi penurunan lebih rendah sehingga mencecah ke paras tumpuan di sekitar 124.300. Penurunan tersebut juga boleh mencapai lebih 100 pips pergerakan harga pada chart EUR/JPY.
Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula sehingga melepasi paras Magic Pivot hari ini, jangkaan kenaikan harga seterusnya akan cuba untuk melepasi paras resistance pada 125.997 (MagicR1) sebelum meneruskan pendakian ke paras resistance lebih tinggi di sekitar paras 126.417 (MagicR2) pula.
Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line yang turut menjadi paras tumpuan harga.
Paras support: 125.220, 124.863, 124.443
Paras resistance: 125.997, 126.417, 126.774.