TNB Cetus Monsun!

466

Harga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) meningkat sebanyak 16 sen atau 1.5% kepada RM10.82 ketika sesi dagangan Bursa Malaysia pagi ini selepas syarikat berkenaan mengumumkan tarikh pembayaran dividennya semalam.

TNB turut mengesahkan semalam anak syarikatnya, TNB Renewables Sdn Bhd menerima surat pemberitahuan telah disenarai pendek sebagai pembida daripada Suruhanjaya Tenaga (EC) untuk membangunkan loji solar berskala besar di Bukit Selambau, Kedah.

Pada pukul 10.17 pagi, harga saham TNB mencecah paras RM10.78 selepas diniagakan antara RM10.82 dan RM10.72 setakat hari ini.

Pada harga RM10.78, TNB mempunyai nilai pasaran kira-kira RM61.45 bilion berdasarkan 5.7 bilion saham didagangkan.

TNB merancang untuk membayar dividen sebanyak 58 sen sesaham yang terdiri daripada pembayaran akhir 18 sen dan dividen khas 40 sen untuk suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2020.

Semalam, syarikat itu menerusi makluman kepada Bursa Malaysia berkata, tarikh pembayaran dividen adalah pada 30 Mac dan 16 April kelak.

Kenaikan harga saham TNB hari ini sudah dijangka oleh penganalisis.

Menurut TA Securities Holdings Bhd menerusi notanya hari ini, saham berkaitan tenaga bersih atau boleh diperbaharui akan menarik minat pelabur berikutan prospek yang cerah dalam sektor tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat