Token DeFiChain (DFI) Meroket Gah 71% Pada Awal Disember!

450

DeFiChain (DFI) tidak terusik dengan pasaran kripto yang berhadapan dengan pembetulan hingga menyaksikan harga Bitcoin (BTC) susut 22%.

DFI membuktikan peningkatan lebih 95% untuk tempoh 1 dan 2 Disember 2021. Manakala bagi rekod 1 sehingga 9 Disember, aset ini mencatatkan lonjakan 71%.

Secara umumnya, aset ini bullish sepanjang Disember didorong oleh beberapa faktor:

  • Kehadiran aset desentralisasi dan fungsi staking
    • Pengguna platform boleh mengakses beberapa pools yang melibatkan beberapa mata wang kripto utama: Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH), termasuk saham dan indeks sintetik seperti Tesla, Apple, dan S&P 500 di rangkaian DeFiChain.
    • Pengguna juga berpeluang dapatkan hasil yang lebih tinggi berbanding platform lain melalui fungsi staking.
  • Jumlah transaksi yang meningkat
    • Pelancaran aset desentralisasi di rangkaian ini mendorong peningkatan jumlah transaksi.
    • Secara tidak langsung, lebih bagi kes penggunaan baharu dihasilkan.
    • Kehadiran ciri terbaru di rangkaian ini juga menarik perhatian pengguna baru untuk sertai ekosistem DeFiChain.
    • Pada 8 Disember, jumlah wallet yang memiliki DFI kini mencapai rekod tertinggi terbaru, 42,555.
  • Jumlah nilai terkunci (TVL) capai paras tertinggi sepanjang masa (ATH)
    • Dikatakan TVL di rangkaian ini mencapai nilai ATH, $1.83 bilion.
    • Lonjakan ini jelas didorong oleh pelancaran ciri terbaru, menyebabkan pengguna memasukkan dana untuk dapatkan pengaksesan peluang hasil yang tinggi.

3 faktor ini menjadi sebab utama mengapa DFI mencatatkan pergerakan harga yang positif untuk Disember.

Selain daripada itu, whales yang memiliki sekurang-kurangnya 20,000 DFI memiliki pilihan untuk mengunci token DFI dan jalankan nod master di rangkaian.

Cara ini juga menawarkan ganjaran kepada mereka kerana ‘menyokong’ pengesahan transaksi dan perlindungan blockchain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat