Token Metaverse: SAND, MANA Dikejar Whales Ethereum!

878

Whales Ethereum mula mengejar token metaverse.

Dalam perkongsian terbaru daripada WhaleStats, minat whales Ethereum (ETH) lebih terhadap token SAND yang sinonim dengan dunia maya The Sandbox.

Buktinya, SAND menjadi aset yang paling banyak didagangkan oleh 1,000 wallets utama, sekaligus mengatasi jumlah dagangan yang direkod oleh Chainlink (LINK) dalam tempoh 24 jam.

WhaleStats juga mendedahkan terdapat satu whale Ethereum telah membuat pembelian sebanyak 635,585 SAND, bernilai $4,385,536 ketika transaksi dilakukan.

Secara tidak langsung, 1,000 wallets utama ETH kini memiliki sejumlah besar SAND yang bernilai $237,478,480.

Sementara itu, token Decentraland (MANA) pula menyaksikan rekod pembelian sebanyak 30,168 MANA, membawa kepada nilai kumulatif, $94,912.

Sebagai rekod, dua token metaverse ini mula mendapat perhatian susulan daripada penamaan semula Facebook kepada Meta.

Khabar tersebut berjaya membawa nilai pasaran Decentraland mencecah $10.5 bilion, manakala The Sandbox mencatatkan nilai $7.5 bilion.

Ketika penulisan, MANA didagangkan pada $3.59, susut lebih 8% dalam 24 jam dan SAND bernilai $6.21, susut lebih 6% dalam tempoh yang sama.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat