Seperti yang dinanti-nantikan, ApeCoin (APE) telah dilancarkan dan akan diedarkan kepada seluruh pemilik NFT Bored Ape Yacht Club (BAYC) termasuk Eminem, Steph Curry, Jimmy Fallon, dan Mark Cuban.
Here we go. ☠️🦍⛵https://t.co/zAqK24XCr4
— Bored Ape Yacht Club 🍌 (@BoredApeYC) March 16, 2022
Untuk makluman, ApeCoin bukanlah projek Yuga Labs, pemilik projek NFT BAYC.
Sebaliknya ApeCoin diperkenalkan oleh komunitinya yang dikenali sebagai ApeCoin DAO yang terdiri daripada pengasas bersama Reddit, Alexis Ohanian; ketua FTX Ventures, Amy Wu; pengerusi eksekutif Animoca Brands, Yat Siu; pegawai eksekutif Sound Ventures, Maaria Bajwa; dan pengasas bersama Horizen Labs, Dean Steinbeck.
Difahamkan sebanyak 1 bilion APE akan diedarkan berdasarkan pecahan berikut:
- 8% – milik pengasas BAYC
- 16% – milik kru Yuga Labs
- 14% – milik “launch contributors”
- 15% – milik pengumpul NFT BAYC dan Mutant Ape Yacht Club (MAYC)
- 47% – diedarkan secara berperingkat sebagai dana ekosistem DAO
Menariknya pengumpul BAYC dapat menebus 10,000 APE per NFT dan pengumpul MAYC pula cuma dapat menebus kira-kira 2,000 APE per NFT.
Walaupun APE terpisah dengan Yuga Labs, token ini masih memainkan peranan penting dalam setiap produk dan perkhidmatan baharu yang dilancarkan oleh entiti tersebut.
Menurut Yuga Labs, APE akan dijadikan sebagai token rasmi untuk permainan berasaskan blockchain yang akan dilancarkan oleh pembangun nWay kemudian pada tahun ini juga.
APE juga akan digunakan dalam permainan berkonsepkan play to earn (P2E), Benji Bananas yang diasaskan oleh Animoca Brands.
Setakat ini masih belum ada tanda-tanda penyenaraian APE di platform pertukaran kripto.
Sementara itu, Yuga Labs ada mendedahkan akan melancarkan penjualan plot di metaverse sebagai usaha untuk menghasilkan unjuran nilai bersih sebanyak $455 juta pada tahun ini.
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.