Tolonglah! Pelabur Tesla ‘Merayu’ Kepada Elon Musk!

175

‘Dah kutuk-kutuk dulu, sekarang pandai merayu pula eh.’

Rata-rata pelabur gergasi kereta elektrik Amerika Syarikat (AS), Tesla Inc merayu kepada Elon Musk untuk membeli balik saham (share buyback) syarikat.

Difahamkan suara-suara kekecewaan tersebut dizahirkan dalam sesi Twitter Space pada Isnin, selepas saham Tesla menyusut ke paras terendah 2 tahunnya, dengan Musk diminta bertanggungjawab dan menyelamatkan syarikat.

Sebagai respon Musk mengatakan bahawa sebarang keputusan terpulang kepada ahli lembaga Tesla, dan ketika mesyuarat pendapatan bulan lepas terdapat perbincangan kemungkinan buyback sebanyak $5 billion ke $10 bilion.

Sebagai konteks, Musk telah melepaskan kira-kira $36 bilion kepentingan yang dipegang setakat tahun ini dengan yang terbaru sebanyak $3.95 bilion lagi dijual pada 3 minggu lepas.

Penjualan terbaru tersebut dibuat selepas mengatakan potensi Tesla untuk menjadi syarikat yang jauh lebih bernilai daripada gabungan Apple dan Saudi Aramco pada mesyuarat pendapatan bulan lepas.

Namun, ternyata ‘indah khabar dari rupa’ apabila Musk sendiri sudah beberapa kali melepaskan pegangannya dalam Tesla bagi membiayai pemerolehan $44 bilion terhadap Twitter.

Dan tumpuan ‘berat sebelah’ Musk terhadap Twitter berbanding Tesla mengeruhkan lagi keadaan apabila saham syarikat EV tersebut merosot 50% tahun ini tatkala ia seolah-olah diabaikan.

Rententan itu, para pelabur mendesak ahli lembaga Tesla dan Musk sendiri untuk buyback saham syarikat dalam usaha untuk meningkatkan nilai harga ekuiti syarikat.

Suka dimaklumkan bahawa pada 2 tahun lepas Musk berjaya membawa masuk Tesla menyertai indeks S&P 500 yang seterusnya menukar pelabur runcit syarikat kepada ‘jutawan Tesla’.

Setakat penulisan ini saham Tesla diniagakan positif 7.82% pada $183.20.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat