Tony Fernandes Dah Jual Semua Saham QPR!

447

Dalam satu keputusan yang sukar dibuat, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A, Tony Fernandes terpaksa melepaskan semua kepentingannya dalam QPR Holdings Ltd, syarikat induk Queens Park Rangers Football Club (QPR).

Langkah strategik itu akan membolehkan beliau memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha untuk memajukan perniagaan digital AirAsia dan Capital A serta kepentingan perniagaannya yang lain.

Beliau yang telah membeli QPR pada 2011, memberitahu bahawa penglibatannya dengan kelab itu telah menjadi satu tempoh yang luar biasa dalam turun naiknya.

Tony Fernandes dalam kenyataannya pada hari Isnin berkata beliau akan memberikan 100 peratus tumpuannya dalam membina semula perniagaan syarikat penerbangan dan mengembangkan syarikat digital.

Ini bagi memberikan nilai yang luar biasa untuk rakyat ASEAN, di mana terdapat permintaan kukuh untuk produk dan perkhidmatan kos rendah dan bernilai tinggi.

Tambahnya lagi, beliau juga akan menumpukan usaha memuktamadkan pelan penyusunan semula untuk membebaskan Capital A daripada status Nota Amalan 17 (PN17).

PN17 ialah Practice Note 17/2005 yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia terhadap syarikat yang mengalami masalah kewangan.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat