Top Glove Tersenarai Dalam ‘Sustainability Yearbook 2022’ Oleh S&P Global

352

Akhirnya kisah manis dari Top Glove.

Top Glove Corp Bhd telah dimasukkan ke dalam Sustainability Yearbook 2022 oleh S&P Global.

Syarikat tersebut melaporkan dalam satu kenyataan pada 2 Febuari lalu. di mana ia adalah salah satu daripada 53 penggerak industri dalam Yearbook 2022.

Yearbook adalah penerbitan paling komprehensif di dunia yang menyediakan analisis mendalam tentang kemampanan (sustainability) korporat.

Ia berdasarkan syarikat merentas pelbagai industri yang dinilai dalam S&P Global Corporate Sustainability Assessments (CSA) yang merupakan asas bagi skor ESG S&P Global.

Skor ESG merupakan asas untuk dimasukkan dalam Dow Jones Sustainability Indices (DJSI).

Menurut Top Glove, syarikat dalam 15% teratas setiap industri yang mengambil bahagian dalam CSA tahun lepas dan tahun ini mencapai peningkatan dalam Skor ESG S&P Global sekurang-kurangnya 5%.

Top Glove telah dinamakan antara 10% teratas dalam kategori industri Bekalan Peralatan Penjagaan Kesihatan di seluruh dunia dalam CSA pada tarikh skor 12 November 2021 berbanding tahun sebelumnya pada 19% teratas.

Pengarah urusan Top Glove, Datuk Lee Kim Meow menzahirkan rasa bangganya dengan mengatakan perkara tersebut sebagai peristiwa penting dalam sejarah Top Glove dalam mengemudi industri pembuatan penjagaan kesihatan dari segi ESG.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat