Toyota, BMW Lebih Yakin Dengan Matawang Digital

163

Menerusi satu kenyataan rasmi, Toyota Systems, unit IT Toyota Motor Corporation dengan kerjasama pertukaran matawang kripto Jepun, DeCurret sedang berusaha membangunkan matawang digital Toyota.

Dikatakan percubaan teknologi aset digital itu merangkumi 2,500 pekerja Toyota Systems. Platform tersebut menawarkan pembayaran matawang digital dengan pelbagai faedah.

Menerusi percubaan tersebut, pekerja yang terlibat berpeluang menukarkan matawang digital untuk mata ganjaran atau hadiah dari katalog. Walau bagaimanapun, aset tersebut tidak boleh ditukarkan kepada matawang Jepun, yen.

Ujian itu juga menggunakan platform blockchain milik DeCurret bagi mengeluarkan dan menguruskan matawang digital. Menerusi ujian tersebut akan dapat ditentukan kestabilan model peer-to-peer di blockchain termasuk isu perniagaan berkaitan dengan pembayaran kepada sejumlah besar pengguna.

Minat Toyota terhadap industri blockchain boleh dilihat ketika firma itu menyertai gabungan R3, melibatkan beberapa firma utama pada 2016. Pada Mac 2020, syarikat automatif itu menubuhkan Toyota Blockchain Lab.

Toyota bukanlah yang pertama menunjukkan minat terhadap blockchain dan kripto.

Pada awal Oktober, BMW Korea mengumumkan bahawa firma mereka akan menjadi cawangan pertama BMW Group yang menjalankan ujian token berasaskan blockchain. Dijangka usaha itu akan dilancarkan sepenuhnya di Korea pada akhir 2020.

Pada September pula, Groupe Renault, pembuat kereta mewah telah melancarkan percubaan projek blockchain yang ditubuhkan bagi tujuan pengesahan pematuhan bahagian-bahagian kenderaan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat