Trader AUD Lega, Mungkin Tiada Lagi Pelonggaran Polisi Oleh RBA Selepas Ini

336

Reserve Bank of Australia (RBA) tidak lagi melihat keperluan untuk melonggarkan polisi monetarinya kerana langkah yang diambil sebelum ini berfungsi dengan baik seperti yang dijangkakan, menurut kenyataan bank pusat dalam laporan minit mesyuarat yang diterbitkan pagi ini.

Pada mesyuarat polisi 4 Ogos, RBA mengekalkan kadar faedah di tahap terendah 0.25% setelah penurunan dalam mesyuarat kecemasan pada bulan Mac untuk mengatasi kesan ekonomi disebabkan pandemik coronavirus.

Ahli jawatankuasa bank pusat mengakui bahawa kemerosotan yang disebabkan krisis pandemik adalah tidak teruk seperti yang disangkakan pada awalnya dan pemulihan dapat dilihat di kebanyakkan kawasan di Australia.

Bagaimanapun, pemulihan dilihat lebih perlahan daripada yang dijangkakan disebabkan penularan Covid-19 di Victoria yang memberi impak besar kepada ekonomi negara, menurut RBA.

Selain itu, ketidakpastian mengenai krisis kesihatan dan hala tuju ekonomi terus memberi kesan kepada pelan perbelanjaan bagi kebanyakkan isi rumah dan perniagaan.

Sebelum ini, Gabenor Philip Lowe menyatakan keperluan rangsangan fiskal yang lebih besar oleh kerajaan untuk membantu ekonomi negara, dengan turut mengatakan polisi monetari kini telah menemui hadnya.

Minit mesyuarat yang dikeluarkan pada Selasa, menunjukkan bahawa ahli jawatankuasa bank pusat melihat bahawa ekonomi Australia mungkin memerlukan sokongan fiskal dan monetari untuk beberapa waktu berikutan lonjakan kadar pengangguran dan pertumbuhan upah yang rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat