Trader GBP/JPY Tersentak, Harga Junam Dari ¥167.00 Hingga Hampir Cecah ¥158.00

155

Trader mata wang Yen mungkin masih terkejut lagi dengan situasi yang berlaku pada sesi Asia Selasa semalam ketika pasaran menjangkakan tiada apa-apa yang pelik ketika mesyuarat dasar monetari bank pusat Jepun.

Tapi kalau dilihat pada carta pasangan mata wang GBP/JPY, harga mendadak jatuh dari paras 167.00 hingga mencecah 158.600 untuk rekod terendah 3 bulan.

Bank of Japan (BOJ) seperti yang dijangka masih kekalkan kadar faedah tidak berubah di paras -0.10%, namun kenyataan susulan bank pusat telah buatkan pasaran bergoncang.

Gabenor Haruhiko Kuroda telah umumkan pelarasan pada Yield Curve Control (YCC), yang merupakan satu strategi yang jarang digunakan oleh bank pusat lain, seperti langkah pelonggaran kuantitatif (QE).

BOJ membenarkan hasil bon 10 tahun kerajaan Jepun untuk meningkat sehingga ke paras 0.50% berbanding had 0.25% sebelum ini.

Langkah tersebut dilihat mengundang tarikan terhadap pelaburan di Jepun dan mendorong permintaan yang meningkat terhadap mata wang Yen.

Justeru, dapat disaksikan harga pada carta GBP/JPY menjunam ketara selepas corak penurunan awal telah dipaparkan di awal minggu.

Pada minggu lalu harga telah berjaya mencapai paras ketinggian sekitar 169.00, namun pergerakan lebih bearish harga dipaparkan pada minggu ini dengan kejutan dari BOJ tersebut.

Junaman harga semalam juga telah melepasi paras 164.500 yang dijangka penganalisis untuk menjadi zon sokongan buat harga.

Setelah paras terendah harian semalam mencecah sekitar 158.600, ada lantunan semula harga menuju penutup sesi New York dan bersambung dagangan pada hari ini (Rabu), harga perlahan di zon 160.500.

Sekiranya corak kenaikan itu masih berjaya diteruskan, kenaikan lanjut dilihat akan menuju sekitar 162.00 sebelum sasaran tumpuan adalah pada zon 164.500.

Namun, dengan corak terjunan yang dipaparkan semalam, penganalisis masih melihat kecenderungan untuk harga menyambung penurunan lebih rendah.

Jika harga susut dan melepasi paras terendah dicecah semalam, berkemungkinan paras 157.700 pula dilihat akan diuji sebelum harga mencatatkan paras terendah terbaru 12 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat