Trader GBP Mohon Alert! Malam Ini Ada Sesuatu Untuk Anda

1,088

Matawang pound memaparkan kenaikan pada awal sesi Eropah selepas diperlihatkan dengan beberapa laporan positif mengenai rundingan perdagangan Brexit sekali gus mengangkat harapan pasaran bahawa kesepakatan boleh dicapai.

Pound sterling meningkat 0.5% dengan diperdagangkan di sekitar paras harga 1.34250 berbanding US dolar ketika tumpuan pasaran kini terarah kepada pertemuan empat mata antara Perdana Menteri UK Boris Johnson dan Presiden Suruhanjaya EU, Ursula von der Leyen pada malam ini.

Terbaru, Menteri Kanan UK Michael Gove telah memberitahu bahawa Britain dapat melihat terdapat ruang untuk kompromi mengenai isu perikanan dalam rundingan perdagangan Brexit.

Namun, sebab yang menghalang untuk kompromi adalah prinsip bahawa UK akan menjadi negara pesisir yang bebas dan ia telah menjadi masalah untuk rundingan antara kedua-dua pihak.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Ireland, Leo Varadkar memberitahu pada hari Rabu bahawa beliau percaya ada kemungkinan Britain dan EU dapat mencapai perjanjian perdagangan dalam beberapa hari akan datang dan meletakkan peluang kejayaan 50%.

Kenyataan ini sedikit sebanyak membuatkan para pelabur lega menjelang pertemuan PM Johnson dan von der Leyen pada malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat