Trader GOLD ‘Hilang Jantung’ Masa NFP

827

Data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang lemah telah mendorong logam berharga emas untuk kembali meraih sokongan pelabur.

Setelah junam menghampiri paras $1,900 minggu lalu, harga emas melonjak semula ke sekitar harga $1,934 pada Jumaat sebelum mengurangkan sedikit keuntungan untuk didagangkan pada $1,924 per auns ketika sesi Asia hari ini.

Terbaru, laporan pekerjaan utama menunjukkan ekonomi AS membuat pertambahan paling kecil sejak Disember 2020 pada bulan Jun, selain turut menyaksikan kenaikan lebih sedikit pada April dan Mei.

Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kos pinjaman yang lebih tinggi mula melemahkan kemampuan perniagaan untuk meningkatkan jumlah pekerja.

Rentetan daripada itu, mata wang gergasi US dolar terus merosot rendah berbanding pesaing utama, memberi peluang untuk emas kembali meningkat.

Pun begitu, keuntungan yang dicatatkan logam kuning itu terbatas disebabkan hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang kekal di sekitar tahap tertinggi pada 4.08%.

Fokus pasaran kini dialihkan kepada terbitan data inflasi pengguna dan pengeluar AS pada minggu ini yang bakal memberi petunjuk lebih jelas kepada dasar Federal Reserve (Fed).

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat