Trader Memanfaatkan Peluang – Sentimen Pasaran Lebih Optimis!

354

Trader matawang pada hari ini mengaut lebih banyak keuntungan dalam matawang dan bon berisiko setelah para penggubal undang-undang Washington memilih untuk meneruskan dengan pakej rangsangan Covid-19.

Pada hari Isnin semalam, Presiden AS Donald Trump telah menandatangani pakej rangsangan Covid-19 bernilai $2.3 trilion yang merangkumi dana untuk kerajaan dan bantuan coronavirus kepada rakyat Amerika dan perniagaan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Selain itu, Dewan Perwakilan A.S juga telah menjalankan pungutan suara dengan menyatakan sokongan terhadap pembayaran dana yang berjumlah tiga kali lipat kepada rakyat Amerika Syarikat daripada $600 kepada $2,000 per orang.

US dolar meneruskan penyusutan lebih 0.5% berbanding matawang utama dengan jangkaan Federal Reserve (Fed) akan terus mengekalkan kadar faedah berhampiran paras sifar di samping keadaan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang masih bergelut dengan krisis pandemik.

Sentimen positif pasaran dengan perkembangan baik rundingan Brexit minggu lalu telah melemahkan lagi US dolar sementara mata wang Eropah mendapat kelebihan untuk meningkat semula.

Pada carta harga pasangan EUR/USD dapat dilihat harga telah pamerkan kenaikan sebanyak 0.46%. Matawang Euro telah mendapat dorongan selepasn perbincangan perjanjian perdagangan EU-China menunjukkan perkembangan yang baik.

Di saat yang sama matawang pound sterling juga menunjukkan pengukuhan ke paras tertinggi sejak Mei 2018 yang masih didorong sentimen Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat