Trader Optimis EUR/USD Bakal Tembus Resistance $1.2250

659

US dolar dilihat masih bergerak lemah pada dagangan awal minggu ini didorong oleh kejatuhan hasil perbendaharaan 10-tahun Amerika Syarikat (AS) yang kembali semula ke paras sekitar 1.60%.

Awal sesi Eropah semalam seperti memberi harapan terhadap US dolar dengan mempamerkan peningkatan awal selepas tumpuan terarah kembali kepada perbincangan untuk pengurangan pembelian aset yang didesak oleh beberapa ahli (Federal Reserve) Fed ekoran kebimbangan terhadap kenaikan inflasi.

Namun, sesi New York kembali menyaksikan US dolar bergerak lemah semula. Kenyataan Gabenor Lael Brainard, salah seorang ahli Fed menjadi tumpuan yang menyatakan bahawa Fed mempunyai cara untuk menangani inflasi jika ia melepasi sasaran.

Oleh itu, jangkaan untuk US dolar mengukuh di awal minggu ini kembali suram dan membuka semula ruang untuk mata wang utama lain dalam pasaran untuk meningkat.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, sejak minggu lalu sehingga semalam, harga dilihat bergerak mendatar dalam julat 100 pips di bawah paras rintangan 1.22500.

Paras rintangan tersebut diuji beberapa kali pada minggu lalu namun sukar untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Sementara penurunan harga pula disokong pada zon RBS (resistance become support) 1.21800. Pembukaan pasaran awal minggu semalam juga melihatkan harga meningkat dari zon tersebut.

Pelabur kini berwaspada menantikan isyarat terbaru untuk arah pergerakan harga selanjutnya.

Jika harga berjaya tembusi rintangan 1.22500, kenaikan harga dilihat akan menguji paras 1.22300 sebelum meneruskan trend bullish harga dan juga mencatatkan paras tertinggi terbaru 4 bulan.

Sekiranya harga kembali menjunam semula, zon RBS akan diuji dan pelabur sekali lagi menilai sama ada harga mampu disokong untuk membuat kenaikan semula.

Sebaliknya, penurunan harga di bawah zon tersebut akan memberi isyarat untuk perubahan trend bearish dengan jangkaan untuk harga menuju zon RBS lebih rendah pada 1.20900-1.20600.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat