Trader USD/CAD Jangan Terlepas Baca Berita Ini

388

Penganalisis meramalkan mesyuarat polisi Bank of Canada (BOC) yang diketuai oleh Gabenor Tiff Macklem akan membiarkan kadar faedah tidak berubah pada 0.25%, dan mula memberi petunjuk untuk menarik semula langkah rangsangan yang dilaksanakan sebelum ini bagi menyokong ekonomi.

Sejak tahun lalu, bank pusat telah membeli bon kerajaan persekutuan dengan minimum $4 bilion setiap minggu untuk membantu mengekalkan kos pinjaman yang rendah.

Berikutan prospek pertumbuhan yang meningkat, lebih-lebih lagi dengan data ekonomi Kanada yang diterbitkan baru-baru ini menunjukkan bacaan yang memberangsangkan, ini mungkin memaksa BOC untuk bertindak.

Menurut data terbaru yang diterbitkan, ekonomi Kanada dilihat bertambah baik. Ini dapat dilihat dalam aktiviti pembuatan telah mula menunjukkan peningkatan, sementara pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga mengalahkan jangkaan pasaran, serta lebih dagangan yang kembali meningkat.

Perkembangan ini cukup membuatkan bank pusat untuk lebih optimis berbanding ketika mesyuarat polisi pada Januari lalu. Malah, sekatan coronavirus terbaru juga dilihat kurang memberi kesan daripada disangkakan, dan program vaksinasi Kanada dilancarkan lebih cepat dari dijangkakan dua bulan lalu.

Susulan itu, para penganalisis melihat bank pusat akan meningkatkan unjuran pertumbuhan dan inflasi pada mesyuarat polisi malam ini.

Namun begitu, tiada jangkaan untuk kenaikan kadar faedah untuk berlaku memandangkan bank pusat sebelum ini telah mengatakan ia tidak akan meningkatkannya sehingga ekonomi yang terjejas akibat Covid-19 dapat diperbaiki sepenuhnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat