Transaksi Di Bitcoin Atasi PayPal Sepanjang 2021

293

Bitcoin telah mengatasi rekod transaksi PayPal sepanjang tahun ini.

Dalam data terbaru oleh Blockdata mendedahkan lebih 62% transaksi Bitcoin telah dijalankan, membawa jumlah sebenar sebanyak $489 bilion bagi setiap suku 2021.

Berbanding PayPal, platform perkhidmatan kewangan itu cuma memproses sebanyak $302 bilion per suku, diatasi Mastercard yang menampung sebanyak $1.8 trilion dan Visa pula berjumlah $3.2 trilion.

Blockdata juga ada menekankan beberapa faktor yang mungkin boleh membawa Bitcoin ke dalam dua rangkaian pembayaran terbesar dunia- Mastercard dan Visa.

Ianya adalah:

  • Jumlah transaksi
  • Purata jumlah BTC bagi setiap transaksi
  • Harga Bitcoin

Buat masa sekarang kehadiran Lightning Network memainkan peranan untuk mencapai tampungan transaksi yang besar di rangkaian Bitcoin.

Sebagai rekod, Lightning Network telah mencapai kapasiti tertingginya pada September 2021. Pada masa yang sama, rangkaian itu turut merekodkan sejumlah nod baru dan beberapa saluran pembayaran.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat