Travala: Melancong Hampir Ke Seluruh Dunia Dengan Kripto!

621

Sejak penularan pandemik Covid-19 melanda dunia pada tahun lepas, hampir kebanyakkan sektor telah terkesan, antaranya sektor pelancongan. Bukan itu sahaja, penularan pandemik juga telah membantutkan pergerakan. Orang ramai bukan sahaja tidak boleh melancong namun merentas dalam radius tertentu juga disekat.

Walaubagaimanapun, pengedaran vaksin secara besar-besaran telah menyebabkan beberapa buah negara mula membenarkan pelancongan dalam negara dan juga menerima pelancong dari luar negara. Menariknya, pelabur kripto juga dapat merebut peluang ini dengan mengunakan perkhidmatan Travala untuk pelancongan.

Travala, merupakan agen travel yang membolehkan para pengguna untuk membuat tempahan hotel,penerbangan, destinasi pelancongan dan lain-lain dengan menggunakan kripto. Syarikat ini telah mula beroperasi sejak tahun 2017 dan memliki rangkaian hotel lebih 2 juta hotel dan lebih 90 ribu destinasi di dunia pada ketika ini.

Travala merupakan syarikat pelancongan awal yang menggunakan teknologi blockchain pada industri pelancongan. Justeru, pengguna boleh menggunakan kripto sebagai alat pembayaran selain wang fiat. Bukan itu sahaja dengan kripto ini, kos transaksi adalah lebih murah dan tiada kos tersembunyi.

Jika pengguna menyimpan kripto mereka iaitu ava dalam dompet digital Travala, pengguna boleh memperoleh diskaun dan bonus reward. Laman web pelancongan mesra kripto Travala juga telah mengumumkan penyatuan aplikasi pembayaran baru iaitu Binance Pay.

Berdasarkan pengumuman terbaru, Travala membenarkan pelanggannya menggunakan aplikasi pembayaran baru Binance Pay. Lima jenis kripto akan ditawarkan untuk mendapatkan perkhidmatan mereka seperti menempah hotel, rumah, penerbangan dan lain-lain. Matawang kripto yang disokong adalah bitcoin (BTC), eter (ETH), binance coin (BNB), binance USD (BUSD), sapu (SXP), dan EUR.

Ava kini didagangkan pada $2.83 dengan jumlah modal pasaran $126,677,138.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat