Trend Bearish EUR/USD, Harga Menjunam Di Awal Minggu

482

US dolar bergerak lebih kukuh berbanding beberapa mata wang utama yang lain dalam pasaran termasuk Yen, Pound dan Euro dengan unjuran Amerika Syarikat (AS) mempunyai kelebihan pada pemulihan ekonomi dalam vaksinasi populasi membendung pandemik Covid-19.

Sementara mata wang Euro dilihat mempamerkan prestasi tercorot pada awal minggu dengan bacaan data ekonomi zon Eropah diterbitkan bercampur-campur.

Data jualan runcit Jerman untuk Disember 2020 susut ke paras negatif 9.6% yang memberi petunjuk kemerosotan pada perbelanjaan pengguna.

Menambah perit buat Euro apabila Perancis kini sedang berdepan tindakan penutupan ekonomi (lockdown). Menteri Kewangan Perancis menyatakan tindakan tersebut akan mengakibatkan kos €15 bilion sebulan.

Penyusutan ketara Euro pada sesi Eropah semalam mendorong peningkatan US dolar ke paras tertinggi 6 minggu.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga pada mulanya bergerak mendatar pada sesi Asia semalam sekitar paras 1.21300.

Namun awal sesi Eropah melihatkan harga menjunam sekitar 60 pips di bawah paras 1.20900. Harga sedikit pantul semula ke paras 1.20900 tersebut sebelum menyambung penurunan lebih rendah pada sesi berikutnya.

Penghujung sesi New York melihatkan harga di tutup di paras terendah harian sekitar 1.20540 namun bersambung pada sesi Asia hari ini (Selasa) harga menunjukkan kenaikan semula.

Paras 1.20900 akan kembali diuji semula yang akan menjadi rintangan buat harga sebelum penurunan berkemungkinan bersambung semula.

Penurunan lebih rendah berpotensi untuk mencecah semula sehingga ke paras support pada 1.20000.

Namun jika harga berjaya bangkit melonjak lebih tinggi melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga, paras rintangan 1.21500 akan menjadi sasaran harga semula.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat