Trend Bertukar Bearish, EUR/USD Junam Ke Paras Terendah Sejak November 2023!

224

Perubahan arah pergerakan mata wang US dolar pada minggu lalu telah mengubah corak pergerakan harga pada carta-carta utama.

Pengukuhan ketara US dolar tercetus pada minggu lalu selepas pasaran memberi reaksi terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.

Bacaan terbaru untuk inflasi tahunan AS bagi bulan Mac catat angka yang lebih tinggi mengatasi ramalan iaitu 3.5% (ramalan 3.4%) selepas peningkatan 3.2% pada Februari.

Bacaan tersebut yang dilihat mengiringi laporan pekerjaan pada minggu sebelumnya itu telah mencetus jangkaan bahawa pelaksanaan langkah pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) berkemungkinan bakal ditangguhkan.

Justeru, jangkaan untuk Fed mengekalkan dasar ketat sedia ada telah menyokong US dolar untuk kembali kukuh semula.

Meneliti carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah paparkan penurunan mingguan sekitar 250 pips dari paras ketinggian berhampiran zon 1.09000 hingga mencecah 1.06300.

Mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) pada Khamis lalu tidak begitu memberi kesan ketara kepada pergerakan harga selepas kadar faedah dikekalkan, sebaliknya lebih dipacu oleh sentimen US dolar sehingga ke penutup minggu.

Selepas penurunan menembusi zon support 1.07000, harga kini mencatatkan paras terendah terbaru untuk tempoh dagangan 5 bulan.

Kecenderungan adalah untuk harga menyambung penurunan lebih rendah pada minggu ini dengan mengekalkan trend bearish harga yang berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu.

Harga bakal menguji paras 1.06000 sebagai paras tumpuan terhampir sebelum penurunan dilanjutkan lebih rendah ke sasaran seterusnya pada sekitar 1.05000 pula.

Sementara, jika berlaku lantunan semula harga minggu ini, rintangan terhampir dilihat bakal diuji harga adalah pada 1.07000.

Melepasi paras tersebut akan menjadi isyarat awal untuk perubahan semula trend harga sebelum kenaikan diteruskan menuju paras 1.08000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat