Trend Kekal Bearish, GBP/USD Cecah Harga Terendah 7 Minggu!

149

Agak mendatar di awal minggu, namun pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semakin menunjukkan penurunan menuju ke penghujung minggu.

Setelah kejatuhan Pound pada Rabu lalu susulan data inflasi UK yang diterbitkan, mata wang Britain itu terus merosot pada dagangan semalam.

US dolar pula masih mengekalkan momentum pengukuhannya yang turut disokong oleh penerbitan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) di sesi New York semalam.

Bacaan kedua bagi pertumbuhan ekonomi AS mencatatkan angka yang meningkat berbanding bacaan awal diterbitkan pada bulan lalu.

Ini sedikit memberi kelebihan kepada US dolar sementara data seterusnya, iaitu indeks perbelanjaan peribadi pengguna akan diterbitkan malam ini.

Pergerakan harga di carta GBP/USD dilihat telah menyambung penurunan dan hampir menyentuh paras tumpuan 1.23000 yang dilihat sebagai support buat harga.

Harga yang kekal berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) akan mendorong trend bearish berterusan sehingga ke penutup dagangan sesi terakhir.

Jika penurunan diteruskan menembusi paras 1.23000, kejatuhan lebih rendah harga boleh dijangkakan mencecah hingga sekitar 1.22000.

Mencecah paras tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru 9 minggu setelah kali terakhir harga didagangkan di sekitar tersebut adalah pada Mac lalu.

Namun, tidak mustahil untuk harga bergerak berubah arah di penutup sesi terakhir berikutan aktiviti profit-taking yang boleh berlaku.

Sekiranya berlaku lonjakan semula, harga yang melepasi halangan MA50 dilihat akan menguji paras rintangan pada 1.24000.

Melepasi ke paras lebih tinggi dan memberi isyarat perubahan trend akan mendorong kenaikan diteruskan menuju sasaran pada 1.25000 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat