Trend Kenaikan Harga Masih Kekal Buat Dagangan GBP/JPY?

403

Penurunan harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY selepas mencapai paras ketinggian terbaru pada 142.700 berkemungkinan dilihat pelabur sebagai pergerakan pembetulan harga.

Hal ini kerana corak kenaikan harga masih berjaya dikekalkan sejak minggu lalu dari zon support 138.400 dengan pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) masih menunjukkan harga berada pada trend bullish.

Namun begitu, pelabur kekal berhati-hati dengan kenaikan harga berikutan matawang Pound masih dilihat berisiko dalam pasaran.

Berkaitan isu Brexit, jurucakap Perdana Menteri UK Boris Johnson mengulangi pada Selasa bahawa tidak kemungkinan untuk tempoh peralihan Brexit akan dilanjutkan, bermaksud tempoh akan berakhir pada 31 Disember ini.

Justeru, agak berisiko untuk melihat matawang Pound kekal kukuh, sebaliknya sentimen pasaran semasa mempengaruhi pergerakan matawang Yen sebagai safe-haven.

Kadar jangkitan Coronavirus kekal dipantau manakala pelabur meletakkan keyakinan terhadap perkembangan penghasilan vaksin.

Selepas mencapai paras tertinggi sejak Februari lalu di paras 142.700 semalam, harga kembali membuat penurunan 100 pips menutup dagangan sesi New York sekitar 141.700.

Pergerakan harga perlahan dan mendatar di paras tersebut pada dagangan yang bersambung sejak sesi Asia pagi ini.

Tanda-tanda untuk harga menyambung penurunan dapat dilihat di awal dagangan sesi Eropah namun harga menguji dahulu paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Penurunan lebih rendah harga di bawah paras MA50 akan memberikan isyarat perubahan trend menurun harga dengan paras 140.200 pada zon RBS (resistance become support) akan menjadi destinasi tumpuan.

Jika kenaikan harga diteruskan pula, paras resistance 142.700 akan diuji dan jika berjaya ditembusi, kenaikan berkemungkinan mampu mencecah ke paras ketinggian 144.500.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat