Triste! Mata Wang Digital CBDC Mexico Tertangguh!

56

“Nampaknya macam ada masalah, kena tukar plan.”

Mexico yang berhasrat melaksanakan mata wang digital bank pusat (CBDC) sejak tahun lalu mungkin tidak dapat memenuhi tarikh pelancarannya pada 2024 berikutan proses CBDC negaranya masih berada dalam fasa awal.

Dilaporkan bahawa bank pusat Mexico atau lebih dikenali sebagai Banxico kini sedang mengusahakan keperluan undang-undang, pentadbiran dan teknologi untuk CBDC mereka yang dinamakan digital peso.

Terdahulu pada Disember 2021, kerajaan tempatan rancang memperkenalkan CBDC secepat mungkin agar dapat mengukuhkan lagi kewangan Mexico melalui teknologi baharu tersebut yang akan digunakan oleh seluruh negara.

Namun pelancaran CBDC sebelum 2024 mungkin tidak akan tercapai susulan fasa awal ini memerlukan penciptaan platform PagoCel yang membenarkan para pengguna membuat pindahan bank melalui nombor telefon atau maklumat peribadi mereka.

Sementara fasa kedua membabitkan institusi kewangan negara yang berperanan mengeluarkan kod keselamatan CBDC untuk dipindahkan melalui Interbank Electronic Payment System (SPEI), iaitu sistem pemindahan dikendalikan oleh bank pusat.

Dan fasa terakhir pula menerangkan bahawa pengguna tanpa akaun bank mampu menggunakan CBDC tersebut untuk mempromosikan rangkuman kewangan* masing-masing.

*Individu dan perniagaan mempunyai akses kepada produk dan perkhidmatan kewangan berguna dan berpatutan yang memenuhi keperluan mereka

Suka dimaklumkan bahawa warga Mexico semakin menunjukkan minat terhadap mata wang kripto, di mana 40% syarikat di negaranya telah mengaplikasikan blockchain serta aset digital.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat