Tron (TRX) Bakal Lancarkan Stablecoin Desentralisasi, USDD

240

Pengasas Tron (TRX), Justin Sun telah umumkan projek stablecoin, USDD yang dijangka akan dilancarkan pada 5 Mei 2022.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi blog dan twit rasmi pada malam tadi:

Sun menyifatkan USDD atau dikenali sebagai Decentralized USD sebagai stablecoin yang paling desentralisasi dalam sejarah kripto kerana ia menyamai sifat Terra USD (UST) dan Frax Finance (FRAX) – stablecoin algoritma.

Difahamkan nilai USDD sentiasa bersandarkan kepada dolar AS:

“Apabila harga USDD lebih rendah daripada dolar AS, pengguna dan pelabur arbitrage boleh mengirimkan 1 USDD kepada sistem untuk mendapatkan TRX bernilai $1. Jika harga USDD lebih tinggi berbanding $1, mereka boleh masukkan TRX bernilai $1 ke dalam sistem desentralisasi dan terima 1 USDD.” – Justin Sun.

Pada masa yang sama, projek ini turut menerima campur tangan Tron DAO dalam pengurusan USDD.

Tron DAO juga akan menawarkan rizab penjagaan bernilai sehingga $10 bilion sebagai sandaran cagaran untuk USDD dengan kadar faedah 30%.

USDD tidak akan terhad di Tron tetapi juga bakal tersedia di Ethereum dan BNB Chain melalui protokol rentas rantai, BitTorrent.

Berita baik untuk TRX tapi macam mana pula dengan BTT dan JST?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat