Trump Berikan Isyarat Positif Rundingan AS-China Berjalaan Dengan Baik!

487

Pada hari Khamis, pentadbiran pihak atasan China dan Amerika Syarikat telah memulakan perbincangan perdagangan dengan harapan dapat mementerai perjanjian.

Laporan terkini menunjukkan Presiden Donald Trump berterusan memberi isyarat yang positif mengenai rundingan perdagangan AS-China yang sedang berlangsung. Kedua negara tersebut sedang berusaha untuk mengakhiri perang dagang yang memberi impak kepada ekonomi global.

Namun sejak dua hari lepas perbincangan perdagangan AS-China tidak berjalan dengan baik, apabila pemimpin minoriti Senat, Chuck Schumer mengkritik mana-mana perjanjian yang melibatkan penangguhan syarikat gergasi telekomunikasi, Huawei Technologies Co yang telah meningkatkan kebimbangan keselamatan negara.

Menurut Chuck Schumer, walaupun perjanjian kecil dengan China, pentadbiran Amerika Syarikat mestilah tidak memasukkan Huawei sebagai salah satu yang boleh dirunding. Tweet tersebut dimuat naik sebelum delegasi-delegasi China tiba di pejabat wakil perdagangan Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, Trump telah mengeluarkan kenyataan bahawa rundingan sedang berjalan dengan baik. Kata Trump, “Kami sedang menjalankan rundingan yang sangat baik dengan China”.

Pertemuan antara Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin dan Wakil Perdagangan AS, Robert Lighthizer dengan Timbalan Perdana Menteri Liu He serta pegawai senior China berlangsung selama kira-kira tujuh jam di ibu pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR).

Dalam masa yang sama, China juga memberi kenyataan positif. Kata Liu He,”Kami datang dengan niat baik dan bersedia melakukan perbincangan serius dengan AS mengenai masalah-masalah yang menjadi perhatian bersama seperti imbangan perdagangan, perlindungan para pelabur, dan beberapa perkara penting yang lain”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat